Dalam kehidupan sehari -hari kita mengenali teknik atau cara pengecatan. Biasanya kita mengecat menggunakan cat basah atau wet paint untuk melakukan pengecatan. Namun, pada era 1960 telah ditemukan teknologi pengecatan yang menggunakan serbuk atau powder yang kita kenali sebagai teknologi ' Powder Coating '. Dengan penemuan teknologi pengecatan dengan menggunakan powder ini, maka mendapat hasil pengecatan yang jauh lebih kuat dan tahan lama serta sangat menjimatkan proses pengeluaran. Powder coating adalah proses pelapisan pada permukaan profil aluminium dan besi dengan suatu lapisan filem. Dalam bentuk serbuk filem digunakan lapisan tipis bahan kerja kemudian dilarutkan dalam bentuk filem dan dipanaskan untuk pempolimeran dan mengawetkan coating. Kali pertama dijumpai powder coating pada tahun 1967 di Australia. Sistem pengecatan powder coating tidak menggunakan bahan cair yang biasa dilakukan pada cat konvensional. Powder coating umumnya dipakai untuk melapisi permukaan logam seperti besi dan aluminium. Untuk mencapai kekuatan pelekat yang maksimum, maka sebelum pengecatan dilakukan, bahan yang akan dicat dibersihkan dan diberikan rawatan tertentu. Agar cat yang tadinya berupa serbuk atau powder boleh melekat dengan sempurna dan harus diovenkan pada suhu 160 - 220 C°.
Pengertian Powder Coating
Adalah suatu proses pelapisan logam / benda kerja yang melapisi logam dengan cara menaburkan serbuk pelapisan diatas benda yang dipanaskan sehingga serbuk cat tersebut mencair dan melekat pada benda yang akan dilapisi. Keadaan logam / benda yang akan dilapisi harus memiliki takat lebur lebih tinggi debnding dengan serbuk pelapisannya. Powder coating juga merupakan jenis lapisan yang diterapkan sebagai serbuk kering. Perbezaan utama antara cat cair konvensional dengan powder coating adalah powder coating tidak memerlukan pelarut untuk menjaga pengikat dan pengisi dalam bentuk penggantungan cecair, sedangkan cat konvensional pula adalah sebaliknya. Powder coating umumnya dipakai untuk melapisi permukaan logam seperti besi dan aluminium. Untuk mencapai kekuatan pelekat yang maksimum, maka sebelum pengecatan dilakukan, bahan yang akan dicat dibersihkan dan diberikan rawatan tertentu ( pre - treatment ). Agar cat yang tadinya berupa serbuk atau powder boleh melekat dengan sempurna dan harus diovenkan pada suhu 160 - 220 C°. Powder coating adalah proses pelapisan pada permukaan besi / aluminium dengan lapisan filem. Dalam bentuk filem powder digunakan dalam lapisan nipis di permukaan banda kerja, kemudian dilarutkan dalam bentuk filem dan dipanaskan untuk pempolimerandang mengawetkan coating. Powder dilekatkan pada permukaan profil besi / aluminium dengan menggunakan alat ' elektrik spray gun '.
Zarah - zarah yang negatif disemburkan ke benda kerja. Besar magnitud zarah tersebut bergantung kepada magnitud listrik ketika bidang caj negatif, gaya yang timbul bergantung pada arus yang mengalir. Pada saat powder coating disembur arahnya terus ke objek kerja tetapi membentuk suatu ' wrap round effect '.
Ini akan memberi kelebihan kerana powder coating boleh sampai ke bahagian yang terlindung. Terdapat dua teknik pengecatan kering atau powder coating.
1. Pencelupan
~ Benda - benda yang akan dilapisi dicelupkan ke dalam bekas yang berisi powder coating yang telah diberi muatan elektrostatik.
2. Penyemburan
~ Powder coating yang telah diberi muatan elektrostatik tersebut disemburkan kepada objek yang akan dilapisi. Setelah objek melalui salah satu proses di atas kemudian benda yang telah terlapis powder coating dimasukkan ke dalam oven, tujuannya untuk mencair dan menyatukan zarah - zarah serbuk sehingga membentuk lapisan - lapisan yang halus yang melapisi objek atau benda kerja. Terdapat dua jeni powder coating yangtersedia untuk melapisi permukaan suatu benda kerja.
1. Thermo Plastik
~ Serbuk bahan ini akan mengalami pencairan jika benda kerja mandapat rawatan haba.
2. Thermo Setting
~ Adalah bahan yang kuat dan tidak akan cair kembali walaupun benda kerja mendapat rawatan haba.

Kelebihan Powder Coating
1. Serbuk pelapis cat dapat menghasilkan lapisan lebih tebal dari lapisan cecair konvensional.
2. Serbuk pelapisan overspray boleh dikitar semula dan oleh mungkin mencapai hampir 100% penggunaan lapisan.
3. Lapisan powder coating menghasilkan sisa yang kurang merbahaya dibandingkan lapisan menggunakan cat konvensional.
4. Modal peralatan dan kos operasi utnuk powder coating umumnya lebih rendah dibandingkan jika menggunakan cat cair konvensional.
5. Benda kerja yang dilapisi dengan serbuk cat powder coating umumnya memeliki rupa yang sedikit berbeza antara permukaan melintang dan menegak dibandingkan benda kerja dilapisi cat cair konvensional.
6. Pelbagai kesan khusus yang boleh ditambah dengan mudah menggunakan pelapisan powder coating, yang sukar daidapat dengan proses lapisan yang lain.
Urutan proses finishing menggunakan powder coating:
1. Bersihkan permukaan yang akan di cat dari debu, minyak dan kotoran lain.
2. Beri lapisan cairan anti karat dan keringkan.
3. Semburkan permuakaan yang telah diber anti karat dengan serbuk menggunakan kaedah elektrostatik ( alat semburan yang mengalirkan elektrik ).
4. Setelah lapisan ( coating ) merata, masukkan ke dalam oven yang suhunya 160 - 220 C° agar serbuk melekat kuat pada permukaan besi atau aluminium tersebut.
Tahap - Tahap sebelum Pelapisan
Proses ini dilakukan agar lapisan benar - benar dapat menyatukan dan tahan lama
Terdapat tiga peringkat sebelum pelapisan dimulakan:
1. Jadual DiOvenkan
- 20 minit pada suhu 160 °C.
- 10 minit pada suhu 180 °C.
- 6 minit pada suhu 200 °C.
2. Pre - treatment
- Untuk perlindungan yang lebih masimum sangat pentin untuk memberi perhatian kepada treatment awal sebelum proses serbuk dan kemudian bergantung kepada jenis logam yang akan kita powder coating.
- Untuk mencapai hasil yang terbaik lakuka treatmen dengan bahan kimia yang sesuai untuk jenis besi atau aluminium.
- Powder coating boleh diguna secara menual dan juga automatik dengan alat seburan.
No comments:
Post a Comment