Search This Blog

Saturday, May 25, 2013

BT STEEL WORK: SIFAT KELULI TAHAN KARAT


Pada saat ini telah tersedia pelbagai jenis bahan keluli tahan karat dengan sifat yang berbeza, seperti suhu yang tinggi. Sifat yang paling penting sudah tentu adalah ketahanan kakisan ( rintangan karat ) dalam pelbagai situasi alam sekitar yang berbeza.

Sifat - sifat keluli tahan karat menjadi pelbagai  dengan kehadiran komposisi kimia yang menetapkan mikrostrukturnya.  Bagi jenis keluli tahan karat mengikut mikrostruktur nya secara umum:

1. KELULI TAHAN KARAT AUSTENIT
Keluli tahan karat Austenit mempunyai kandungan Kromium  ( Cr ) yang tinggi iaitu: 16% - 26% dan mengandungi sekurang - kurangnya 8% nikel ( Ni ). Keluli tahan karat jenis ini adalah yang paling biasa digunakan di dalam perindustrian.

Sifat keupayaan kimpal paling baik dengan proses kimpalan secara amnya.

Keluli tahan karat austenit pada umumnya mempunyai struktur fasa satu.

Struktur ini semasa kimpalan boleh membentuk kristal Ferrite didalam logam kimpal dan HAZ. Pembentukan ferrite  mempunyai kelebihan iaitu: mengelakkan berlakunya keretakan panas. Manakala keburukannya: ketahanan kakisan akan berkurang dengan kata lainnya, mudah terdedah kepada kakisan, terutamanya keluli tahan karat austenit yang mengandungi logam molibdenum ( Mo ).

2. KELULI TAHAN KARAT FERIT
Keluli tahan karat jenis ferit ini mempunyai kromium yang tinggi iaitu 12% - 30%. Umumnya Kromium yangsering digunaadalah 16% - 18%, kerana memiliki ketahanan kakisan yang lebih baik serta lebih murah daripada keluli tahan karat austenitkerana tidak mengandungi Nikel ( Ni ).

Sifat keluli tahan karat ferit keupayaan kimpalanya sangat rendah.Hal ini dipengaruhi oleh percepatan karbida yang terjadi pada batas butir, akibatnya kimpalan akan rapuh dan mengurangi ketahanan kakisannya. seterusnya keretakan boleh terjadi pada logam kimpal bila dingin.

3. KELULI TAHAN KARAT MARTENSITIC
Keluli tahan karat jenis martensitic ini mempunyai kandungan kromium iaitu 12% - 30%. mereka memiliki kandungan karbon ( C ) yang lebih tinggi daripada keluli tahan karat Ferit yang membuat mereka dapat diperkeras, berbeza dengan keluli tahan karat Ferit dan Austenit.

Keluli tahan karat jenis ini dipakai kerana kekuatan mekanikalnya dan ketahanan kakisanya. sifat dari bahan ini mempenyai keupayaan kimpal yang rendah, kerana terdapat tempat yang keras dan rapuh pada logam induknya. 

4. KELULI TAHAN KARAT DUPLEKS
Keluli tahan karat Dupleks ini mempunyai struktur Ferit - Austenit dengan komposisi yang seimbang
( 50 - 50 ). Kandungan kromium 12% - 26%. Sifat bahan ini mempunyai kekuatan innovasi yang tinggi dan tahan terhadap tekanan retak kakisan yang disebabkan oleh adanya chlorida.

Keupayaan kimpal dari bahan ini bila menjadi panas selama pengelasan akan membentuk fasa Ferit pada HAZ, akibatnya akan mengurangi  ketahanan kakisan dan kerapuhan. Dalam menyiasat bahan pengelasannya dipakai logam pengisi dengan tingkat kandungan nikel ( Ni ) yang lebih tinggi dari logam induknya.

Secara umumnya bahan ini mempunyai kemampuan kimpal yang baik.

No comments:

Post a Comment

Tumblr Mouse Cursors
BT STAINLESS STEEL SDN BHD